Ahad, 28 November 2010

Perbuatan yang dikasihi Allah SWT

Untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT semasa di dunia ini mahupun di akhirat kita kenalah menilai diri kita sejauh mana tingkahlaku kita tarhadap Allah SWT atau sesama manusia sendiri. Terdapat satu kisah seorang sahabat yang datang menemui Rasulallah SAW meminta untuk keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Lelaki itu bertanya apakah perbuatan yang menimbulkan hubungan baik sehingga ia di kasihi oleh Allah dan manusia, lalu Rasulallah bersabda: "Berzuhudlah engkau terhadap dunia nescaya Allah mengasihi engkau dan berzuhudlah engkau dengan apa yang ada di tangan orang nescaya orang akan mengasihi engkau". Riwayat Ibnu Majah

Rasulallah menerangkan dalam hadis di atas 2 perkara yang berpunca dari satu jalan iaitu zuhud. Zuhud terhadap dunia dan zuhud terhadap apa yang ada di tangan orang lain. Perkataan zuhud inilah yang perlu di fahami supaya tidak terkeliru yang menyebabkan tidak tercapai tujuan mendapat kasih Allah dan kasih manusia.

Dapat difahami disini bahawa zuhud terbahagi kepada 2 iaitu zuhud terhadap dunia dan zuhud dengan apa yang di tangan manusia. Zuhud terhadap dunia bermaksud tidak terpengaruh dengan dunia hingga melupakan dan mengabaikan akhirat. Allah SWT menguji manusia dengan berbagai-bagai benda di dunia ini antaranya ialah galian emas dan perak, harta kekayaan, wanita-wanita, anak-anak dan banyak lagi. Semua benda tersebut merupakan "dunia" di mana manusia berkeinginan kepadanya. Firman Allah yang bermaksud: "Manusia di hiasi dengan nafsu kemahuan terhadap wanita, anak-anak, bungkalan-bungkalan emas, perak, kuda yang baik, binatang ternakan seterusnya tanam-tanaman semua itu keseronokan hidup di dunia".

Berzuhud dengan apa yang ada di tangan orang lain bererti menjadikan seseorang itu bersusah hati lebih-lebih lagi dengan sebab perkara-perkara yang ada pada orang lain, seperti harta kekayaan, kemegahan dan sebagainya sehingga menimbulkan hasad dengki dan memusnahkan segala amalannya. Demikian pula ia tidak berasa kurang dan hina dengan sebab kelebihan orang lain itu, bahkan demi usaha-usahanya yang wajar, sesuai dengan keperluan-keperluan hidupnya demi menuju kehidupan di akhirat sana.

Tiada ulasan: